Isnin, 15 Februari 2016

Nama saya afdhal , saya hanya seorang budak sekolah menengah , umur saya 17 tahun . Kehidupan saya sangat normal , saya bangun pagi dan bersiap ke sekolah , balik sekolah saya buat perkara normal seperti menonton tv dan sebagainya . Saya mempunyai minat dlam perkara extreme seperti freerunning dan tricking . Saya belajar semua skill sudah dua tahun . Minat saya terlalu mendalam sehinggakan boleh dianggap orang orang yang berani mati . Saya ada sahabat dan kawan . Apa beza kawan dan sahabat? Sahabat adalah seseorang yang susah untuk berenggang dengan kita , selalu ada dengan kita dan kawan , kawan ada berjuta , kawan yang boleh dipanggil kawasan RnR datang singgah dan pergi . Sahabat aku ada dua orang , kemana mana sentiasa melekat . Seorang yang hebat dalam freerunning , kira coach aku dan satu kapal dengan aku , sorang lagi pon coach jugak tapi ada had nak buat kerana kondisi badan haha sorry bro . Kitorang mempunyai minat yang sama , gamers , photographer and freerunner , kitorang cari tempat yang just like abandoned place hanya untuk ambil gambar . Cinta? Hahahaha tipu kalau kata tak ada , aku minat kat seseorang sejak form 2 lagi . Seorang yang aku anggap segalanya , kawan rapat , cikgu , jururawat dan sebagainya sebab terlalu special . Senyuman dia mampu mencairkan hati sesiapa yang pandang . Senyuman yang sangat ikhlas . Satu hari tu masa form 2 , seorang cikgu panggil dia dan cakap kat dia yang ibu dia meninggal dunia , aku tak berani tegur dia masa tuh , yelah kelas depan , aku nih nak kata pandai takdelah pandai mana . Dia punya muka terlalu terkejut . Tapi lepas 3 hari ibu dia meninggal , dia mampu wujudkan senyuman kat muka dia , ye aku tabik dia . Hati dia kuat , dia mampu bertahan . Aku jatuh cinta dekat dia masa tu hahaha . 3 tahun aku pandang dia dari jauh , aku melepas sebab ada lelaki lain tegur dia dulu . Pada awal pernah cuba putus asa tapi aku simpan je dalam hati kira suka tapi niat nak memiliki tu belum ada .


                  Satu hari sahabat aku putera yang aku kata tadi , dia share kat aku perempuan yang dia suka , nama perempuan tuh tak perlu disebutkan haha , minat putera dekat perempuan nih tinggi sampaikan guna nama aku untuk dapatkan dia , kelakar time tuh . Kelas sama dengan perempuan tuh , agak lama nak dapat . Satu hari putera dapat perempuan tu , ye aku bangga dan turut gembira tapi tak lama haha . Satu hari putera bergaduh dengan perempuan tu , aku tolong bro aku . Aku pujuk perempuan tu , tapi mungkin kebodohan sweet talker aku tu dia tersangkut haha , aku pun bergaduh dengan bro aku lama . Bila satu hari tu kitorang semakin matang , semua dah slow dan kitorang berbaik balik . Dan aku tak banya perasaan kat perempuan tu . Aku pun putuskan hubungan tu , pada awal nye biasa je , lama lama rasa kehilangan tu muncul tapi malas nak berpatah balik , sebab perempuan memang takkan pandang dah . Aku pun stop buat sementara and fokus pada pelajaran . Bila naik form 4 semua dah berubah , kelas , member dan banyaklah . Aku berpisah mengikut aliran masing masing , aku dapat lukisan kejuruteraan dan teknik kejuruteraan . Putera dapat perdagangan , matematik tambahan dan prinsip perakaunan . Sementara bro lagi sorang aku syafiq dapat sama dengan aku lukisan kejuruteraan dan matematik tambahan . Rasa penat tu pasti ada bila nak berjaya kan ? Usaha je yang perlu buat masa ni . Pada pertengahan bulan aku datang sekolah pada pagi seperti biasa , time dalam kelas kawan minta tunjukkan skill hahhahaha aku pun cuma niat nak ajar , dan aku jatuh , tulang bahu patah belah kiri . Mula mula rasa sakit hati , menyesal semua ada lah . Tapi bila tiba tiba muncul perempuan yang aku minat tu chat aku tanya pasal bahu aku yang patah tu . Time tu Allah je tahu betapa rindu nye saat tu . Andai aku ada 3 permintaan seperti dalam cerita dongeng , aku cuma minta mesin masa . Supaya aku mampu patah balik ke semua kenangan aku dengan dia :') . Seronok waktu tu sampai lupa yang bahu patah . Aku jujur dengan dia yang aku suka dia , dia pada mulanya hanya menolak biasa , aku terus mencuba sehingga bahu semakin pulih . Aku akhirnya dapat hati dia , aku terlalu seronok waktu tu . Pada mulanya aku cakap kat mak ayah aku study kat sekolah , aku stay petang kat sekolah dan teman dia buat kerja sekolah dia apa semua , seronok sebab sentiasa dapat tengok muka dia , senyuman dia . Tangan dia lembut dan perangai kebudak budakan dia . Dia segalanya bagi aku , kalau aku mampu ubah semua tu , aku cuba tapi nak buat macam mana , takdir menentukan . Dia kenalkan aku dengan kakak dia , hahaha aku segan sangat time tu , kakak dia sporting .


                    Bila tiba hari jadi dia aku tak mampu bagi hadiah dekat dia , aku bukannye kaya . Aku tak mampu bagi dia satu benda walaupun murah . Aku mampu beri dia kenangan . Haihh hahaha seronok tulis blogg dengan air mata haha . Kenangan , kuat mana seseorang tu kalau disentuh di hati pasti akan mengalir air mata . Seronok ada dia sehinggalah satu hari , aku follow ego aku yang tinggi nih , aku buat keputusan waktu aku marah dan tak sedar aku cakap kat dia yang aku lepaskan dia . Time tu aku bodoh sangat tapi ini takdir Allah , dia berdoa pada Allah untuk terima lelaki yang terbaik untuk dia dan bukan aku orangnya , aku cuba sehingga sekarang untuk dapatkan dia tapi hati perempuan , sekali dah tawar hati selamanya akan tawar , amat susah nak manis semula . Terima kasih untuk kenangan . Kalau kau baca nih , aku nak cakap aku jujur dan ikhlas . Terima atau tidak terpulang , aku cuma luahkan apa yang aku rindu . Selamat malam Syqra💖

Tiada ulasan:

Catat Ulasan