Selasa, 16 Februari 2016

Harini selasa , 16 feb 2016 . Seperti biasa ke sekolah , jumpa kawan apa semua . Tapi paling best time rehat , seronok dapat tengok muka dia even sekali imbas , aku tak pernah bagitahu dekat mak aku kalau aku ada rapat dengan seseorang kecuali dia , sampaikan mak aku sekali pandang je , dia terus suka budak ni haha . Bro aku cakap "kau kira beruntung dhal , dapat restu dari mak sendiri , siap suka dia lagi . Tak terfikir nak kejar dia balik ke?" Hahaha banyak kali cuba tapi tak dipandang , sampaikan suruh member sendiri tolong chat dia mintak berlakon . Paling sakit hati bila suruh member dan dapat respond paling sedih , dia tak nak aku berharap dan dia akan cuba menjaga hati . Aku paling benci benda tu berlaku , kalau kau rasa kau tak suka kau boleh pergi . Aku lagi suka kau jujur walaupun sakit hati daripada kau hanya setakat nak jaga hati . Hati aku musnah kat situ je , aku tahan perasaan nih , bro aku kata kejar balik tapi tak semua rasa apa aku rasa . Aku bukannya manusia tanpa perasaan . Cara dia datang lepastu pergi and then datang balik lepastu pergi lagi , lepastu cakap kat member aku yang dia tak nak bagi harapan kat aku . Kalau dah tak nak bagi harapan tolong lah blah , sakit hati aku je weh . Haihhh dan tadi aku stay petang dekat sekolah , aku suruh member aku pergi ambik kunci motor , boleh pulak member aku tu berbual dengan dia , lepastuh duduk sebelah sebelah , jeles tuh sikit je tapi paling sakit hati aku time aku kene tunggu macam tunggul sorang sorang kat parking motor and budak tu boleh happy happy dengan dia . Aku tak tahu lah , nak bagitahu mama yang aku dah tak ada apa apa and mama pon tetap suka dia . Biarlah mama suka dia . Aku dah cuba berhenti untuk tegur dia tapi entah lah , haihhh sampai sini untuk hari ni . Sekian , publish .

Isnin, 15 Februari 2016

Nama saya afdhal , saya hanya seorang budak sekolah menengah , umur saya 17 tahun . Kehidupan saya sangat normal , saya bangun pagi dan bersiap ke sekolah , balik sekolah saya buat perkara normal seperti menonton tv dan sebagainya . Saya mempunyai minat dlam perkara extreme seperti freerunning dan tricking . Saya belajar semua skill sudah dua tahun . Minat saya terlalu mendalam sehinggakan boleh dianggap orang orang yang berani mati . Saya ada sahabat dan kawan . Apa beza kawan dan sahabat? Sahabat adalah seseorang yang susah untuk berenggang dengan kita , selalu ada dengan kita dan kawan , kawan ada berjuta , kawan yang boleh dipanggil kawasan RnR datang singgah dan pergi . Sahabat aku ada dua orang , kemana mana sentiasa melekat . Seorang yang hebat dalam freerunning , kira coach aku dan satu kapal dengan aku , sorang lagi pon coach jugak tapi ada had nak buat kerana kondisi badan haha sorry bro . Kitorang mempunyai minat yang sama , gamers , photographer and freerunner , kitorang cari tempat yang just like abandoned place hanya untuk ambil gambar . Cinta? Hahahaha tipu kalau kata tak ada , aku minat kat seseorang sejak form 2 lagi . Seorang yang aku anggap segalanya , kawan rapat , cikgu , jururawat dan sebagainya sebab terlalu special . Senyuman dia mampu mencairkan hati sesiapa yang pandang . Senyuman yang sangat ikhlas . Satu hari tu masa form 2 , seorang cikgu panggil dia dan cakap kat dia yang ibu dia meninggal dunia , aku tak berani tegur dia masa tuh , yelah kelas depan , aku nih nak kata pandai takdelah pandai mana . Dia punya muka terlalu terkejut . Tapi lepas 3 hari ibu dia meninggal , dia mampu wujudkan senyuman kat muka dia , ye aku tabik dia . Hati dia kuat , dia mampu bertahan . Aku jatuh cinta dekat dia masa tu hahaha . 3 tahun aku pandang dia dari jauh , aku melepas sebab ada lelaki lain tegur dia dulu . Pada awal pernah cuba putus asa tapi aku simpan je dalam hati kira suka tapi niat nak memiliki tu belum ada .


                  Satu hari sahabat aku putera yang aku kata tadi , dia share kat aku perempuan yang dia suka , nama perempuan tuh tak perlu disebutkan haha , minat putera dekat perempuan nih tinggi sampaikan guna nama aku untuk dapatkan dia , kelakar time tuh . Kelas sama dengan perempuan tuh , agak lama nak dapat . Satu hari putera dapat perempuan tu , ye aku bangga dan turut gembira tapi tak lama haha . Satu hari putera bergaduh dengan perempuan tu , aku tolong bro aku . Aku pujuk perempuan tu , tapi mungkin kebodohan sweet talker aku tu dia tersangkut haha , aku pun bergaduh dengan bro aku lama . Bila satu hari tu kitorang semakin matang , semua dah slow dan kitorang berbaik balik . Dan aku tak banya perasaan kat perempuan tu . Aku pun putuskan hubungan tu , pada awal nye biasa je , lama lama rasa kehilangan tu muncul tapi malas nak berpatah balik , sebab perempuan memang takkan pandang dah . Aku pun stop buat sementara and fokus pada pelajaran . Bila naik form 4 semua dah berubah , kelas , member dan banyaklah . Aku berpisah mengikut aliran masing masing , aku dapat lukisan kejuruteraan dan teknik kejuruteraan . Putera dapat perdagangan , matematik tambahan dan prinsip perakaunan . Sementara bro lagi sorang aku syafiq dapat sama dengan aku lukisan kejuruteraan dan matematik tambahan . Rasa penat tu pasti ada bila nak berjaya kan ? Usaha je yang perlu buat masa ni . Pada pertengahan bulan aku datang sekolah pada pagi seperti biasa , time dalam kelas kawan minta tunjukkan skill hahhahaha aku pun cuma niat nak ajar , dan aku jatuh , tulang bahu patah belah kiri . Mula mula rasa sakit hati , menyesal semua ada lah . Tapi bila tiba tiba muncul perempuan yang aku minat tu chat aku tanya pasal bahu aku yang patah tu . Time tu Allah je tahu betapa rindu nye saat tu . Andai aku ada 3 permintaan seperti dalam cerita dongeng , aku cuma minta mesin masa . Supaya aku mampu patah balik ke semua kenangan aku dengan dia :') . Seronok waktu tu sampai lupa yang bahu patah . Aku jujur dengan dia yang aku suka dia , dia pada mulanya hanya menolak biasa , aku terus mencuba sehingga bahu semakin pulih . Aku akhirnya dapat hati dia , aku terlalu seronok waktu tu . Pada mulanya aku cakap kat mak ayah aku study kat sekolah , aku stay petang kat sekolah dan teman dia buat kerja sekolah dia apa semua , seronok sebab sentiasa dapat tengok muka dia , senyuman dia . Tangan dia lembut dan perangai kebudak budakan dia . Dia segalanya bagi aku , kalau aku mampu ubah semua tu , aku cuba tapi nak buat macam mana , takdir menentukan . Dia kenalkan aku dengan kakak dia , hahaha aku segan sangat time tu , kakak dia sporting .


                    Bila tiba hari jadi dia aku tak mampu bagi hadiah dekat dia , aku bukannye kaya . Aku tak mampu bagi dia satu benda walaupun murah . Aku mampu beri dia kenangan . Haihh hahaha seronok tulis blogg dengan air mata haha . Kenangan , kuat mana seseorang tu kalau disentuh di hati pasti akan mengalir air mata . Seronok ada dia sehinggalah satu hari , aku follow ego aku yang tinggi nih , aku buat keputusan waktu aku marah dan tak sedar aku cakap kat dia yang aku lepaskan dia . Time tu aku bodoh sangat tapi ini takdir Allah , dia berdoa pada Allah untuk terima lelaki yang terbaik untuk dia dan bukan aku orangnya , aku cuba sehingga sekarang untuk dapatkan dia tapi hati perempuan , sekali dah tawar hati selamanya akan tawar , amat susah nak manis semula . Terima kasih untuk kenangan . Kalau kau baca nih , aku nak cakap aku jujur dan ikhlas . Terima atau tidak terpulang , aku cuma luahkan apa yang aku rindu . Selamat malam Syqra💖